Pengenalan

 

PENDAHULUAN

Unit Peperiksaan dan Penilaian IPGKSAH mentadbir dan mengurus  semua urusan berkaitan peperiksaan, pentaksiran dan penilaian bagi semua kursus latihan yang dilaksanakan di IPG KSAH.  Unit ini bertanggungjawab untuk memproses data peperiksaan dan mengeluarkan  keputusan peperiksaan  untuk dilaporkan  kepada Jawatankuasa Kelayakan Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru (JKPPIPG) dan kepada  SENAT.

VISI

Sistem Pendidikan Guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti yang dapat  memenuhi aspirasi negara Malaysia.

 MISI

Melaksanakan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk memastikan guru-guru permulaan sentiasa berketrampilan bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF

Menilai prestasi  bakal pendidik  dalam bidang perguruan semasa berkursus untuk menjadi pendidik selaras dengan  matlamat  IPGM  

Memastikan bakal pendidik  telah menyempurnakan  kursus-kursus yang diambil dalam kategori wajib/teras, kurikulum (major/minor/elektif), kokurikulum, praktikum (Amalan Profesional)

Membantu  menyelaras  semua penyelaras mata palajaran melaksanakan proses penggubalan draf soalan peperiksaan [major dan elektif]

Mentadbir, mengurus dan mengelola pelaksanaan peperiksaan, pentaksiran KKBI dan penilaian mengikut  sistem dan  format

Memastikan proses peperiksaan dan penilaian yang adil dan sah berdasarkan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh IPGM  

Memastikan setiap pelajar pendidikan guru menjalani proses penilaian yang selesa, adil dan sah

Mengawal rekod dan data penganugerahan diploma dan ijazah

Memastikan proses pengawasan, penyeliaan dan pemantauan peperiksaan dikendalikan mengikut peraturan dan panduan yang telah ditetapkan oleh IPGM

Memastikan setiap pelajar pendidikan guru sentiasa mendapat maklumat yang tepat mengenai prestasi akademik masing-masing melalui percetakan dan pengeluaran transkrip keputusan dan sijil/diploma/ijazah yang tepat dan betul

Memastikan peraturan penyimpanan semua dokumen terperingkat/sulit dipatuhi (termasuk penyimpanan soalan, skrip jawapan, sijil/diploma, transkrip keputusan, BIKP, BKKP, JMK dan semua bentuk dokumen yang dikategorikan SULIT dan TERHAD)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang UPP IPGKSAH, sila lawati laman sesawang kami seperti yang tertera di bawah;

http://uppipgksah.blogspot.com

 

Maklumat tambahan