Wajah IPGKSAH

Hubungi Pentadbir laman sekiranya anda menghadapi masalah log masuk

Berita & Pengumuman:

  •    

    Selamat Bersara En. Lim Chin Chye,
    Pensyarah Jabatan Bahasa IPG Kampus Sultan Abdul Halim

    Read more...
  • PROGRAM PEMUKIMAN INTEGRITI PENSYARAH IPG ZON UTARA (PIPIzU) 2016

    KOTA KUALA MUDA - Seramai 40 pensyarah dari 5 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) zon Utara telah berjaya menyempurnakan Program ... 
    (Gambar-gambar aktiviti sepanjang program disertakan) 

    Read more...
  •  Program Teaching School Anjuran Jabatan Matematik 

    Read more...
  • Bengkel Pemantapan Laporan Aktiviti Tahunan Institut 2015

     

     

    Read more...
  • Bekas siswa pendidik IPGKSAH menyerlah di Temasya Pantun Piala Seri Melaka 2016 (PISMA 2.0)

     

    Read more...
  • Pihak Unit Kokurikulum dengan kerjasama Hospital Sultan Abdul Halim telah mengadakan Program Kempen Derma Darah pada 4 Mei 2016 yang lalu, dan mengumpul lebih kurang 50 beg darah. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya. Semua penderma telah mendapat sijil dan cenderahati dari pihak Hospital.      

     

         
          

    Read more...
  • Jadual Waktu Peperiksaan Mei 2016
    IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

    Dapatkan jadual waktu terkini peperiksaan semester 1 (Mei)  2016. Sebarang pertanyaan sila rujuk Unit Peperiksaan dan Penilaian IPGKSAH.

    NOTIS : KEPADA SEMUA CALON PEPERIKSAAN MEI 2016

    Peperiksaan pada 26 Mei 2016 (Khamis) masa 8.15 - 10.45 pagi dan 2.00 - 4.30 petang BERTUKAR TEMPAT dari Dewan Munsyi ke BANGUNAN G201-202 (GERKO).

    Drp : KUPP

     

  •                               

    Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Taala kerana dengan limpah dan kurniaNYA kita telah sama-sama berjaya melakarkan sejarahnya yang tersendiri dalam catatan kenangan IPGKSAH. PESTA SEMARAK PANTUN IPGM ZON UTARA 2016 telah melabuhkan tirainya.

    Sedikit catatan sebagai informasi kita bersama.....

    Read more...
  •   

    Jabatan Teknologi Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Seni Visual, telah berjaya menganjurkan aktiviti Program Teaching School untuk murid-murid Tahun 1 dari Sekolah Kebangsaan Aman Jaya pada 26 April 2016 di Makmal Bestari IPG KSAH.

    Read more...
  • IPG Kampus Sultan Abdul Halim ,

    Naib Johan Pertandingan Pidato 1Malaysia 2016. 

     

    Read more...
  • Pelaksanaan Sistem e-aduan secara atas talian,satu lagi usaha IPGKSAH ke arah penambahbaikkan kemudahan dan perkhidmatan untuk warga IPGKSAH, khususnya untuk para pelajar.  Harap dapat digunakan dengan baik untuk tujuan kebaikan bersama.

     

     

1.Pengenalan

Written by Rosli Hamid on .

 

PENDAHULUAN

Unit Peperiksaan dan Penilaian IPGKSAH mentadbir dan mengurus  semua urusan berkaitan peperiksaan, pentaksiran dan penilaian bagi semua kursus latihan yang dilaksanakan di IPG KSAH.  Unit ini bertanggungjawab untuk memproses data peperiksaan dan mengeluarkan  keputusan peperiksaan  untuk dilaporkan  kepada Jawatankuasa Kelayakan Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru (JKPPIPG) dan kepada  SENAT.

VISI

Sistem Pendidikan Guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti yang dapat  memenuhi aspirasi negara Malaysia.

 MISI

Melaksanakan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia untuk memastikan guru-guru permulaan sentiasa berketrampilan bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF

Menilai prestasi  bakal pendidik  dalam bidang perguruan semasa berkursus untuk menjadi pendidik selaras dengan  matlamat  IPGM  

Memastikan bakal pendidik  telah menyempurnakan  kursus-kursus yang diambil dalam kategori wajib/teras, kurikulum (major/minor/elektif), kokurikulum, praktikum (Amalan Profesional)

Membantu  menyelaras  semua penyelaras mata palajaran melaksanakan proses penggubalan draf soalan peperiksaan [major dan elektif]

Mentadbir, mengurus dan mengelola pelaksanaan peperiksaan, pentaksiran KKBI dan penilaian mengikut  sistem dan  format

Memastikan proses peperiksaan dan penilaian yang adil dan sah berdasarkan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh IPGM  

Memastikan setiap pelajar pendidikan guru menjalani proses penilaian yang selesa, adil dan sah

Mengawal rekod dan data penganugerahan diploma dan ijazah

Memastikan proses pengawasan, penyeliaan dan pemantauan peperiksaan dikendalikan mengikut peraturan dan panduan yang telah ditetapkan oleh IPGM

Memastikan setiap pelajar pendidikan guru sentiasa mendapat maklumat yang tepat mengenai prestasi akademik masing-masing melalui percetakan dan pengeluaran transkrip keputusan dan sijil/diploma/ijazah yang tepat dan betul

Memastikan peraturan penyimpanan semua dokumen terperingkat/sulit dipatuhi (termasuk penyimpanan soalan, skrip jawapan, sijil/diploma, transkrip keputusan, BIKP, BKKP, JMK dan semua bentuk dokumen yang dikategorikan SULIT dan TERHAD)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang UPP IPGKSAH, sila lawati backup website kami seperti yang tertera di bawah;

http://uppipgksah.blogspot.com